Kitar Semula : Selamatkan Bumi !
Tuesday, 28 February 2012
: PENGENALAN KITAR SEMULA :
WARNA TONG SAMPAH DAN BARANGAN KITAR SEMULA
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan
tong sampah kitar semula
**** antara bahan yang boleh dikitar semula****
botol-botol plastik
surat khabar lama
barangan kaca
rujukan :: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
PROJEK KITAR SEMULA : SELAMATKAN BUMI
Nama Penulis : Afiqah Adanan dan Norsuhani Shahrudin
Unit Overview
|
|
Tajuk Unit
|
|
Selamatkan dunia
|
|
Ringkasan Unit
|
|
Pada akhir pelajaran murid dapat :
-
Mengenal jenis bahan terbuang yang boleh
dikumpul.
-
Mengelaskan bahan-bahan terbuang mengikut
ciri-cirinya.
-
Menanam pokok dengan cara yang betul.
Murid akan membuat dan menjalankan aktiviti :
- Mengumpul,
mengenali dan menamakan bahan-bahan terbuang.
- Mengelaskan bahan-bahan
terbuang mengikut jenisnya.
- Pertandingan mengumpul
bahan kitar semula terbanyak.
- Mewujudkan ‘tong sampah kitar semula’ mini di dalam
kelas.
- Menghasilkan
buku skrap mengenai ‘Kitar Semula’.
- Pertandingan
mewarna poster.
- Melancarkan
program penanaman semula pokok di dalam botol terpakai.
- Mendengar
penerangan kepentingan menjaga alam sekitar daripada penceramah yang dijemput.
- Mengadakan pameran “Selamatkan Bumi”
|
|
Subject Area
|
|
Bahasa Melayu
|
|
Tahun/Tingkatan
|
|
Tahun 4
|
|
Approximate Time Needed
|
|
30 minit
(kelas) x 4 minggu
|
Minggu 1
1.
Bahan-bahan terpakai
ditunjukkan secara maujud agar murid dapat mengenali dan mengelaskan bahan-bahan
yang boleh di kitar semula.
2.
Power point juga digunakan
untuk mengukuhkan lagi ingatan murid secara visual agar mereka dapat mengenali, mengelaskan dan mengkategorikan
bahan-bahan terpakai mengikut jenisnya.
Minggu 2
1.
Pertandingan mengumpul
barang-barang yang boleh di kitar semula berjalan. Pengumpul barang-barang
terpakai yang terbanyak menjadi pemenang.
2.
Mewajibkan setiap kelas
mempunyai ‘tong sampah kitar semula’ mini.
3.
Murid akan menanam semula
pokok di dalam botol-botol terpakai. Botol terpakai tersebut
Minggu 3
1.
Murid menyertai pertandingan mewarna berkonsepkan kitar semula.
2.
Bagi mengukuhkan lagi
pemahaman, buku skrap ‘Program Kitar
Semula’ akan dihasilkan oleh murid secara berkumpulan menggunakan lakaran kolaj
dan gambar-gambar dalam majalah yang disediakan.
Minggu 4
1.
Pakar Alam Sekitar dari
kalangan ibu bapa akan memberikan ceramah berkaitan kepentingan alam sekitar
dan kitar semula kepada murid-murid.
2.
Mengadakan pameran
“Selamatkan Bumi” .
Subscribe to:
Posts (Atom)