Tuesday, 28 February 2012

: PENGENALAN KITAR SEMULA : 
WARNA TONG SAMPAH DAN BARANGAN KITAR SEMULA



Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kacakertaslogamplastiktekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan

tong sampah kitar semula

**** antara bahan yang boleh dikitar semula****

botol-botol plastik


surat khabar lama

barangan kaca




PROJEK KITAR SEMULA : SELAMATKAN BUMI

Nama Penulis  : Afiqah Adanan dan Norsuhani Shahrudin



Unit Overview
Tajuk Unit
Selamatkan dunia
Ringkasan Unit
Pada akhir pelajaran murid dapat  :
-      Mengenal jenis bahan terbuang yang boleh dikumpul.
-      Mengelaskan bahan-bahan terbuang mengikut ciri-cirinya.
-      Menanam pokok dengan cara yang betul.

Murid akan membuat dan menjalankan aktiviti :
-      Mengumpul, mengenali dan menamakan bahan-bahan terbuang.
-      Mengelaskan bahan-bahan terbuang mengikut jenisnya.
-      Pertandingan mengumpul bahan kitar semula terbanyak.
-      Mewujudkan  ‘tong sampah kitar semula’ mini di dalam kelas.
-      Menghasilkan buku skrap mengenai ‘Kitar Semula’.
-      Pertandingan mewarna poster.
-      Melancarkan program penanaman semula pokok di dalam botol terpakai.
-      Mendengar penerangan kepentingan menjaga alam sekitar daripada penceramah yang dijemput.
-      Mengadakan pameran “Selamatkan Bumi”

Subject Area
Bahasa Melayu
Tahun/Tingkatan  
Tahun 4
Approximate Time Needed
30 minit (kelas) x 4 minggu


Minggu 1
1.    Bahan-bahan terpakai ditunjukkan secara maujud agar murid dapat mengenali dan mengelaskan bahan-bahan yang boleh di kitar semula.
2.    Power point juga digunakan untuk mengukuhkan lagi ingatan murid secara visual agar mereka dapat  mengenali, mengelaskan dan mengkategorikan bahan-bahan terpakai mengikut jenisnya.

Minggu 2
1.    Pertandingan mengumpul barang-barang yang boleh di kitar semula berjalan. Pengumpul barang-barang terpakai yang terbanyak menjadi pemenang.
2.    Mewajibkan setiap kelas mempunyai ‘tong sampah kitar semula’ mini.
3.    Murid akan menanam semula pokok di dalam botol-botol terpakai. Botol terpakai tersebut

Minggu 3
1.    Murid menyertai pertandingan mewarna berkonsepkan kitar semula.
2.    Bagi mengukuhkan lagi pemahaman, buku skrap  ‘Program Kitar Semula’ akan dihasilkan oleh murid secara berkumpulan menggunakan lakaran kolaj dan gambar-gambar dalam majalah yang disediakan.

Minggu 4
1.    Pakar Alam Sekitar dari kalangan ibu bapa akan memberikan ceramah berkaitan kepentingan alam sekitar dan kitar semula kepada murid-murid.      
2.    Mengadakan pameran “Selamatkan Bumi” .