Tuesday, 28 February 2012

PROJEK KITAR SEMULA : SELAMATKAN BUMI

Nama Penulis  : Afiqah Adanan dan Norsuhani Shahrudin



Unit Overview
Tajuk Unit
Selamatkan dunia
Ringkasan Unit
Pada akhir pelajaran murid dapat  :
-      Mengenal jenis bahan terbuang yang boleh dikumpul.
-      Mengelaskan bahan-bahan terbuang mengikut ciri-cirinya.
-      Menanam pokok dengan cara yang betul.

Murid akan membuat dan menjalankan aktiviti :
-      Mengumpul, mengenali dan menamakan bahan-bahan terbuang.
-      Mengelaskan bahan-bahan terbuang mengikut jenisnya.
-      Pertandingan mengumpul bahan kitar semula terbanyak.
-      Mewujudkan  ‘tong sampah kitar semula’ mini di dalam kelas.
-      Menghasilkan buku skrap mengenai ‘Kitar Semula’.
-      Pertandingan mewarna poster.
-      Melancarkan program penanaman semula pokok di dalam botol terpakai.
-      Mendengar penerangan kepentingan menjaga alam sekitar daripada penceramah yang dijemput.
-      Mengadakan pameran “Selamatkan Bumi”

Subject Area
Bahasa Melayu
Tahun/Tingkatan  
Tahun 4
Approximate Time Needed
30 minit (kelas) x 4 minggu


Minggu 1
1.    Bahan-bahan terpakai ditunjukkan secara maujud agar murid dapat mengenali dan mengelaskan bahan-bahan yang boleh di kitar semula.
2.    Power point juga digunakan untuk mengukuhkan lagi ingatan murid secara visual agar mereka dapat  mengenali, mengelaskan dan mengkategorikan bahan-bahan terpakai mengikut jenisnya.

Minggu 2
1.    Pertandingan mengumpul barang-barang yang boleh di kitar semula berjalan. Pengumpul barang-barang terpakai yang terbanyak menjadi pemenang.
2.    Mewajibkan setiap kelas mempunyai ‘tong sampah kitar semula’ mini.
3.    Murid akan menanam semula pokok di dalam botol-botol terpakai. Botol terpakai tersebut

Minggu 3
1.    Murid menyertai pertandingan mewarna berkonsepkan kitar semula.
2.    Bagi mengukuhkan lagi pemahaman, buku skrap  ‘Program Kitar Semula’ akan dihasilkan oleh murid secara berkumpulan menggunakan lakaran kolaj dan gambar-gambar dalam majalah yang disediakan.

Minggu 4
1.    Pakar Alam Sekitar dari kalangan ibu bapa akan memberikan ceramah berkaitan kepentingan alam sekitar dan kitar semula kepada murid-murid.      
2.    Mengadakan pameran “Selamatkan Bumi” .

No comments:

Post a Comment